Monday, August 13, 2012

Kopiah INOVASI

Sejak beberapa tahun lepas, populariti kopiah berlogo semakin berkembang dan pemakaiannya semakin meluas tak kira kepada golongan muda, berusia, berkerjaya, korporat serta ahli politik. Terbaru Kopiah 1 Malaysia dipasarkan oleh Mydin Hypermarket(dgn signature pemimpin-pemimpin Negara). Menjelang Aidilfitri, Kopiah Berlogo dijual antara harga belasan ke ratusan ringgit (bergantung kepada kualiti). Dalam paradigma rekabentuk; apa sahaja rekaaan yg lama perlu diinovasikan untuk mengembalikan trend/ mencetuskan budaya. Inovasi basikal berwarna-warni fixie terhasil daripada ‘basikal tua prewel mati/ tanpa brek’. Saya mencadangkan pihak Koperasi PUO Berhad dapat membuat kajian (serta mengeluarkan) KOPIAH BERLOGO PUO. Ia boleh dijadikan souvenir, kegunaan rasmi mahupun tidak rasmi. Logo PUO sebenarnya sangat klasik, ia berbentuk perisai & genuine (manakala logo IPT sekarang lebih kontemporari). Logo PUO umpama logo university ternama di UK. Kita adalah catalyst & trend setter. Bayangkan Kopiah berlogo PUO dipakai di kepala (manakala tali leher (yg dijadikan souvenir rasmi)hanya sebagai perhiasan didada. Bayangkan pula sekolah STAR, Ipoh yang bersusah payah mempromosikan arah laluan ke sekolah mereka. Lebih daripada 10 papan tanda sekolah STAR dipasangkan di hiway/ sekitar Bandaraya Ipoh dan Taman Cempaka. Kita PUO (tiada PUO di tempat lain) yg terkenal seantero dunia, hanya mempunyai 1 papan tanda (terlindung sebalik pokok ditepi sek STAR). Inovasi wujud daripada pemerhatian & masalah. Elakkan menggunakan kaedah yg sama kerana itu bukan inovatif tapi repetitive. Semakin ramai orang memakai songkok berlogo PUO. Populariti PUO meningkat secara ‘implied condition’. Tiba masanya dengan hanya melihat kepada logo, orang akan tahu itulah Politeknik Ungku Omar (tiada yg lain). Apabila PUO mentransformkan diri menjadi PoliUniversiti nanti. Kita tidak perlu bersaing dgn sekolah STAR (berprestasi Tinggi) meletakkan tanda nama di tepi jalan/lebuhraya. Tetapi kita letakkan Logo PUO (visual signage). “Pastinya kita & pelajar lebih segak & berbangga pulang beraya dgn Kopiah berlogo PUO di kepala” Rujukan: http://maemahi.blogspot.com/2012/08/songkok-tinggi-diganti-dengan-kopiah.html ‘tiada hari tanpa inovasi’ Kompetatif + kreatif + inovatif = Generasi Inovasi = Genovasi.

di sini TRANSFORMASI bermula..

Perjalanan melalui sebuah gerbang kecemerlangan untuk mengapai ke puncak; sebuah gunung impian tanpa sempadan ketinggian. Gerbang ini diwujudkan sebagai panjimercu pengenalan kepada sebuah institusi pengajian teknikal tersohor yang telah menempa nama di dalam kronologi ketransformasian Pendidikan Negara sejak tahun 1969. Bagaikan aur dengan tebing, bak isi dengan kuku atau irama dengan lagu: Politeknik ialah Ungku Omar dan Ungku Omar ialah Politeknik. Demikianlah pertalian erat sebuah jenama, diakui semua semenjak sekian lama. Gerbang ini bakal memberikan nafas baru kepada semua (warga PUO) untuk membulatkan tekad, mengukuhkan langkah ke sebuah demensi berilmu yang bakal merungkaikan persoalan dan mencetuskan seribu tanda tanya. Bagi yang benar-benar bersedia di sini lah transformasi bermula...